Tuesday, May 31, 2011

Sekadar Catatan

Embun malam nan menyentuh
Membasahi dedaunan yang keruh
Menghibur hati yang bergemuruh
Membangkitkan cinta yang kian luluh

Ku ingin cinta itu kembali bangkit
Tak lagi hidup terbelit
Ku ingin cinta itu kembali tumbuh
Tak lagi tercampur keruh

Ku ingin merasakan embun malam
Menggali cinta yang terpendam
Menuju esok yang penuh kebahagiaan
Yang tak lagi kenal kesengsaraan



Ketika kamu tertidur, aku di sisimu menjaga
merangkai permata kehidupan kita
hingga malam larut gulita
kusulam metafora dalam rajutan kata.
Mimpi indah tercipta....

Kutatap wajahmu, kamu manis pulas terlena
di ujung bibirmu senyum masih tersisa
seperti terselip sekuntum bunga
Kucium bunga itu dengan kecupan mesra
di lembaran sajak kujadikan tandabaca
di penghujung malam kupanjatkan sebagai doa

Monday, January 3, 2011

Kelebihan berdiam diri..( Silent is the best medicine)

Berdiam adalah lebih baik jika tak tahu berkata baik tentang orang. 
Berdiam juga adalah lebih baik dari cakap banyak tetapi menyakitkan hati orang. 

Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik, lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim),.

DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM.

1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Banyak diam tidak semestinya jahil, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang jahil yang banyak bicara.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berkata-kata ke arah perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih lagi mulia serta terpuji yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri seseorang manusia itu.

Wallahu'alam

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum, salam tahun baru 2011, maka bermulalah dekad yang baru. Selamat Tahun Baru 2011 kepada kepada seluruh rakyat Malaysia maupun negara jiran, keluarga tak lupa pada sahabat handai serta rakan2 semua..semoga tahun ini membuahkan seribu kerahmatan, kesejahteraan serta kejayaan. Semoga impian kita semua menjadi nyata... All the best! Muga kita semua dapat menempuh tahun-tahun mendatang ini dengan penuh semangat disamping azam yang baru, apa pun ingatlah hari yang mendatang tidak akan memberikan sembarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. Insyaallah.

Thursday, December 23, 2010

Kun Fayakun..

Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia sebagaimana yang diinginkan. Walau berliku berliku mana pun hulu sungai itu, pasti akan sampai ke laut masin juga. Begitu juga hidup ini. Ada naik, ada turunnya. Sehebat mana kita merancang pun, destinasi akhirnya telah ditulis awal-awal lagi olehNya.

Sunday, December 19, 2010

Macamana nak mula blog ni.

Assalamualaikum..Dengan ilmu kosong di dada aku cuba-cuba godek camana nak capai impian aku selama ini untuk ada blog sendiri. Memang banyak contoh dan tutorial yang ada di internet, tapi kesibukan masa kerja dan keluarga membuat impian aku tu berkubur begitu saja, tak ada masa nak tengok tu semua. Tapi bila tengok ramai yang berjaya rasa teruja pulak untuk membina blog sendiri.